Gambar ihsan: owner
Permainan video The Last of Us Part II ialah sambungan untuk siri pertamanya keluaran 2013, yang dibangunkan oleh Naughty Dog dan diterbitkan oleh Sony Interactive Entertainment untuk platform PlayStation 4. Ia diumumkan ketika acara PlayStation Experience pada bulan Disember 2016.
Ia mengambil tempat 5 tahun selepas siri pertamanya. Siri ini memberi peluang pemain menggunakan watak Ellie yang lebih tua yang terjebak dalam konflik dengan kultus misteri dalam era paska bencana Amerika Syarikat.
Permainan edisi ini memperkenalkan 4 watak baru iaitu Yara (Victoria Grace), Lev (Ian Alexander), Emily (Emily Swallow), dan satu watak dilakonkan oleh Laura Bailey.
No comments:
Post a Comment