Gambar ihsan: Google Images
Sekumpulan pengkaji dari Jabatan Teknologi Komunikasi dan Maklumat di Universiti Pompeu Fabra di Barcelona telah membangunkan permainan video yang boleh berinteraksi dengan seluruh tubuh pengguna untuk memudahkan interaksi sosial di kalangan kanak-kanak autism.
Dalam kajian yang diterbitkan di dalam talian di Kajian dalam ASD, 15 orang kanak-kanak autism ASD berumur 4 hingga 6 tahun menyertai 4 sesi bermain "Pico's Adventure" serta bermain permainan tradisional seperti bola, anak patung, dan sebagainya.
Dengan kerjasamanya dengan pengkaji dari Hospital Sant Joan de Déu dan Hospital Universiti Mutua Terrassa, pencipta permainan "Pico's Adventure" iaitu Narcís Parés menganalisa sifat mereka ketika bermain. Pemerhatian dijalankan membandingkan interaksi sosial dijana ketika bermain dengan sesi ketika melakukan aktiviti lain.
Parés menjelaskan kajian eksperimen yang pertama terbukti berkesan sebagai pelengkap kepada terapi konvensional. Jadi, 'Pico's Adventure' menjadi penanda aras bagi mencari alat ICT yang sesuai untuk memperkenalkan kaedah interaksi sosial di kalangan kanak-kanak ASD.
Dalam kajiannya, permainan video terbukti lebih berkesan dalam memperbaiki ekspresi mereka terutama bagi mengurangkan perbuatan ulangan yang sangat biasa di kalangan kanak-kanak dengan ASD. Pengkaji juga menyedari interaksi sosial mereka ketika bermain "Pico's Adventure" adalah lebih lagi berbanding bermain secara bebas.
Oleh itu, permainan video boleh dikira sebagai alat yang sesuai untuk membantu memperbaiki sifat sosial selain mencadangkan ia juga berguna sebagai pelengkap kepada kaedah rawatan tradisional. Namun Narcís Parés juga menyatakan bahawa kajian lanjut diperlukan bagi mengumpul lebih banyak data bagi menyokong hipotesis ini.
Asah kebolehan sosial sambil bermain: SINI |
No comments:
Post a Comment