Gambar ihsan: Google Images
Latihan pertama d asrama darul falah tganu..
Hari ini adalah kali pertama mengajar di kelas di asrama ini. Buat permulaan, sesi taklimat diadakan di kantin asrama dan disertai seramai 9 orang. Taklimat diberikan sebagai pendedahan kepada para pelajar tentang memanah daj semua yang perlu diketahui dari peringkat asasnya. Antara lain berkenaan peralatan, kaedah dan keselamatan ketika latihan. Selesai sesi taklimat para pelajar dibawa ke padang untuk pendedahan secara praktikal. Pelajar diajar cara memasang tali busur, anak panah, jarak sasaran dan cara melepaskan anak panah menggunakan teknik tradisional dan recurve. Sebagai permulaan jarak panahan ditetapkan sejauh 5 meter dengan papan sasaran saiz 2x2 kaki. Buat masa ini latihan dijalankan adalah pada setiap hari kecuali Selasa jam 5-7 petang, manakala pada Jumaat dan Sabtu jam 8-11 pagi.
No comments:
Post a Comment