Gambar ihsan: owner
Latihan recurve minggu pertama..
Latihan diteruskan untuk minggu pertama dipertingkatkan daripada penggunaan busur tradisional kepada recurve selepas busur dan peralatan recurve yang dipesan oleh pihak pengurusan sampai di tangan. Sebagai permulaan, pelajar diajar bermula daripada memperkenalkan bahagian-bahagian busur recurve kemudian kepada cara pemasangan yang betul. Antara lain memperkenalkan stabilizer, sight, quiver, finger tab dan arm guard. Selesai sahaja pemasangan, pelajar diajar cara memegang busur recurve dan cara untuk melihat sasaran panahan pada jarak yang lebih jauh iaitu 20 dan 25 meter dengan papan sasaran saiz 122cm x 122cm. Latihan hari ini dijalankan di padang asrama jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Latihan kami berehat seketika pada 18 - 31.3.2020 berikutan arahan daripada kerajaan Malaysia bagi membendung penyebaran wabak Coronavirus (CoVid-19).
Harap maklum.
No comments:
Post a Comment