Thursday, November 14, 2019

Berita - Karnival Sukan Air Kampung Temir, Kuala Berang 26.10.2019

Kredit kepada: owner
Gambar ihsan: owner



Karnival Sukan Air telah diadakan pada 26.10.2019 bertempat di Kampung Temir, Kuala Berang. Karnival ini diadakan selama satu hari bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Karnival ini diadakan di kawasan dalam kampung ini di pesisir sungai dan lokasinya adalah sekitar 10 minit dari Masjid Kampung Temir. 











Banyak acara diadakan pada karnival ini yang kebanyakannya berkaitan dengan sukan air, antaranya rakit darat, tarik upih pinang, panjat tiang licin, bowling buah kelapa, tiup belon, acara tangkap itik, dan beberapa lagi. 

Selain itu gerai jualan dan pameran juga dibuka antaranya membuat laksa gebok dan memanah. Meskipun cuaca bertukar dari cerah kepada hujan menjelang tengahari, itu tidak menghalang pengunjung untuk terus berada di lokasi karnival untuk bersukan, beriadah dan mencuba aktiviti memanah. 















Setiap peserta yang masuk pertandingan yang diadakan perlu mendaftar di kaunter urusetia dan setiap seorang akan diberikan tiket cabutan bertuah. Hadiah menarik yang ditawarkan adalah berupa ketuhar, mesin basuh, kipas, set televisyen dan banyak lagi. Hadiah berupa hamper disediakan kepada pemenang yang menyertai acara yang dipertandingkan. Hadiah kepada pemenang oleh penganjur dan tetamu jemputan. 


Seronoknya! 



No comments:

Post a Comment