Kredit kepada: Wiki
Gambar ihsan: Google
Video: Youtube
Until Dawn ialah permainan video interaktif tahun 2015 bercirikan seram dan drama kembara dibangunkan oleh Supermassive Games dan diterbitkan oleh Sony Computer Entertainment untuk PlayStation 4. Pemain mengawal semua watak yang perlu terus hidup di Blackwood Mountain bila nyawa mereka terancam. Permainan menampilkan kesan rerama di mana pemain perlu buat pilihan yang membawa kepada perubahan tidak dijangka dan pengarhu kepada naratif. Semua watak boleh jadi hidup atau terkorban bergantung kepada pilihan yang dibuat. Pemain juga boleh meneroka persekitaran daripada perspektif ketiga dan mencari petunjuk bagi menyelesaikan misteri yang ada.
Permainan ini asalnya dibina untuk PlayStation 3 dalam pengawal gerakan PlayStation Move, tetapi menjadi tajuk asli untuk PlayStation 4. Larry Fessenden dan Graham Reznick dilantik bagi menulis ceritanya bagi menyamai dengan filem libas-melibas. Ia mendapat inspirasi daripada filem seperti Evil Dead II dan Poltergeist, dan permainan video lain seperti Heavy Rain, Resident Evil, dan Silent Hill.
Until Dawn telah diumumkan di Gamescom 2012 dan dipasarkan bermula 2015. Permainan ini mendapat revui yang positif dan dipuji dari sudut cabang cerita, sistem kesan rerama, pembinaan sekitarnya, wataknya, imbasan peristiwa lampau tetapi dikritik bagi kawalan dan dialognya.
Syarikat ini turut mengeluarkan edisi spin-off, Until Dawn: Rush of Blood (2016), untuk permainan realiti maya dan prekuelnya The Inpatient (2018).
Plot
Pada 2.2.2014, Josh Washington (Rami Malek), bersama dua adiknya Beth and Hannah (Ella Lentini), dan rakan-rakannya Sam Giddings (Hayden Panettiere), Mike Munroe (Brett Dalton), Chris Hartley (Noah Fleiss), Ashley Brown (Galadriel Stineman), Emily Davis (Nichole Bloom), Matt Taylor (Jordan Fisher), dan Jessica Riley (Meaghan Martin) mengadakan parti rumah persinggahannya di Pergunungan Blackwood. Mike, Emily, Jessica, Matt, dan Ashley mengusik Hannah, menyebabkan dia lari ke dalam hutan. Beth memarahi yang lain dan mengejarnya. Tanpa disedari, Beth dan Hannah diekori oleh seseorang hingga mereka jatuh ke tebing jurang dan mati.
Sempena ulangtahun pertama kehilangan mereka, Josh menjemput rakan-rakan itu ke rumah penginapan itu semula. Kali ini, masing-masing berpecah. Mike dan Jessica berjalan ke rumah tetamu, Matt dan Emily kembali ke stesen kereta kabel untuk mendapatkan semula satu beg Emily, dan Sam ke tingkat atas untuk mandi. Selepas Mike dan Jessica tiba di kabin, satu makhluk tidak diketahui menyerang dan melarikan Jessica. Mike mengejarnya hingga ke sebuah lombong terbiar dan tidak mampu menyelamatkannya daripada mati di tangan penculik itu.
Mike meneruskan mengikuti lelaki yang disangka penculik itu ke sebuah sanatorium terbiar dan mengetahui terdapat satu insiden berlaku pada 1952, iaitu 30 orang pekerja terangkap dalam lombong itu. Sementara itu, Chris, Ashley dan Josh menggunakan papan Ouija untuk berhubung dengan si mati. Mereka dapat mesej daripada Hannah yang menyuruh mereka ke perpustakaan di rumah itu dan menyiasat tentangnya. Kemudian Chris diketuk pengsan dan bila sedar, dia dapati Ashley dan Josh digantung berdepan dengan perangkap gergaji besar oleh penculik bertopeng, menyebabkan Josh dikerat. Selepas mengetahui nasib Josh, Emily dan Matt cuba meninggalkan pergunungan itu menerusi kereta kabel tetapi mendapati ia berkunci. Mereka memanjat sebuah menara radio untuk menghubungi pihak berkuasa. Malangnya pihak berkuasa hanya dapat bertindak selepas subuh keesokannya ekoran cuaca yang tidak mengizinkan. Selepas itu ada makhluk misteri yang menculik Jessica memutuskan kabel menara radio, menyebabkan Matt dan Emily jatuh ke syaf lombong. Emily terselamat manakala Matt tidak diketahui. (Sama ada Matt terbunuh atau terselamat)
Kembali ke rumah penginapan, Sam diekori oleh penculik, sama ada dipukul pengsan atau dapat lari ke bahagian bengkel.
Sebaik sahaja dapat lari daripada penculik, Sam bertemu semula dengan Mike dan sama-sama menemui Chris dan Ashley yang diikat di kerusi. Penculik bertopeng muncul dan mendedahkan dirinya sebagai Josh, yang mengenakan mereka sebagai membalas usikan mereka ketika kehilangan dua adiknya tahun lalu. Dia mendedahkan menyusun penginapan itu seperti berhantu tetapi menafikan membunuh Jessica. Mike dan Chris mengikat Josh di sebuah bangsal.
Di lombong, Emily temui kepala Beth dan menemui catatan diari Hannah menyatakan Hannah terselamat dari jatuh dan terpaksa memakan daging adiknya untuk terus hidup. Dia bertembung dengan seorang pelombong tidak dikenali, yang menolongnya lari daripada makhluk itu dari dalam lombong. Sesudah itu, lelaki itu berdepan dengan makhluk di rumah penginapan dan memberitahu makhluk itu menghuni gunung dipanggil Wendigo yang terjadi daripada pelombong yang dirasuk oleh roh jahat selepas menghadapi kanibalism untuk terus hidup. Dia memberitahu makhluk itu boleh dibunuh dengan beberapa cara, salah satunya dengan api. Lalu mereka semua berkumpul semula di ruang bawah tanah. (Boleh pilih untuk bunuh Emily di situ atau biarkannya teruskan hidup)
Mike pergi semula ke sanatorium selepas untuk mencari Josh yang melarikan diri bagi mendapatkan kunci kereta kabel. Dia bertembung dengan Wendigo yang dikurung oleh lelaki tidak dikenali itu. (Boleh pilih untuk bunuh semua Wendigo sekaligus) Sam dan yang lain membaca nota lelaki itu untuk mengetahui selanjutnya tentang Wendigo. (Ashley boleh terperangkap dengan bunyi Wendigo) Mike dan Sam menemui Josh yang berhalusinasi menemui Dr.Hill yang memerhatikan tingkah lakunya. Jika masih hidup, Matt akan bertemu Jessica berasingan dalam syaf lombong itu, dan menyelamatkan diri tanpa perlu sertai yang lain. Mike dan Sam kembali ke rumah penginapan itu mendapati sudah ditakluki beberapa Wendigo termasuk salah satunya Hannah. Makhluk Wendigo itu berbalah sesama sendiri hingga salah satunya terlanggar paip gas yang menyebabkan kebocoran. Yang lain menyelamatkan diri dan Sam (kalau hidup) mencetuskan percikan elektrik dengan memetik suis dan lari keluar. Tindakan itu akan memusnahkan rumah itu dan membunuh semua Wendigo yang ada (Sama ada semua terselamat, sebahagian atau tiada yang terselamat, bergantung kepada keputusan pemain). Selepas itu helikopter akan datang untuk mendapatkan mangsa.
Sewaktu kredit, mereka yang terselamat akan memberikan kenyataan masing-masing kepada pihak berkuasa tentang insiden itu dan memberi amaran tentang kewujudan makhluk di lombong itu.
Spin-off dan prekuel
Sony mengumumkan spin-off bertajuk Until Dawn: Rush of Blood di Paris Games Week 2015; yang disifatkan sebagai permainan penembak versi arked. Until Dawn: Rush of Blood diterbitkan untuk PlayStation VR pada 13.10.2016 dan pada Jun 2017 prekuelnya The Inpatient, mengisahkan kejadian di Blackwood Sanatorium pada 60 tahun sebelum itu.
Selesaikan misteri dan selamatkan diri: SINI |
Full Game Walkthrough Until Dawn (6 jam) SINI |
Full Game Walkthrough Rush of Blood SINI |
Full Game Walkthrough The Inpatient SINI |
No comments:
Post a Comment