Thursday, November 14, 2019

Berita - Siaran TV Digital Membunuh Siaran Analog

Kredit kepada: Yahoo News Malaysia
Gambar ihsan: Google Images





Semua yang miliki set tv era 90an dan mereka yang sebelum ini bertungkus-lumus gunakan antena tulang ikan atau yang seumpamanya, kini ada berita kurang baik untuk semua...


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengumumkan kini transmisi analog di seluruh negara akan ditamatkan siarannya bulan ini. Buat masa ini, penamatan siaran ini telah berkuatkuasa bagi kawasan selatan dan pantai timur semenanjung. Kawasan sekitar Lembah Klang telah pun menamatkan siaran analog ini pada bulan lalu (September).    Sabah dan Sarawak akan menamatkan siaran ini pada hujung Oktober ini.


Dalam kenyataan kepada media, SKMM menyatakan telah berjaya dalam siarannya bagi program tv digital myFreeview di Pulau Langkawi dan menjangkakan ia berjalan lancar ke seluruh negara. MYTV ialah perkhidmatan siaran tv digital percuma kepada individu berpendapatan rendah atau mereka yang menerima bantuan kerajaan yang tidak mendapat langganan siaran tv. Terdapat 15 saluran pilihan dalam platform ini, termasuk TV3 serta 6 saluran radio. MYTV merangkumi 95% penduduk Malaysia dengan 44 menara pemancar di seluruh negara. Pihak SKMM berharap akan ada lebih banyak saluran dapat diberikan dalam platform ini di masa akan datang.   




Menamatkan zaman siaran analog:  SINI   |   




No comments:

Post a Comment