Monday, August 5, 2019

Artikel - 5 Pistol Semiautomatik Paling Berbahaya

Kredit kepada: National Interest
Gambar ihsan: National Interest, Google Images



Image result for the dark tower
Jangan cari pasal....


Pistol semiautomatik berlainan daripada jenis revolver dalam memberi kelebihan kapasiti amunisi yang lebih banyak berbanding kuasa penghenti katrij. Perbezaan tidak menyebabkan kurangnya kuasa pistol itu. Ketepatan, kuasa dan kapasiti peluru menjadi faktor dalam menentukan manakah pistol semiautomatik paling membunuh, dan paling berbahaya. 

Di sini disenaraikan 5 pistol semiautomatik di USA.


Auto Mag .44 Magnum

Image result for AutoMag .44 Magnum


Dibina oleh Auto Mag Corporation dan kali pertama dijual kepada umum pada 1972. Ia boleh muatkan 7 biji .44 peluru AMP dalam kelopaknya dan dibuat dengan keluli tahan karat dengan cengkaman plastik. Ia ada barel 6.5 inci dan panjang 11.5 inci. Beratnya hanya 3 paun tanpa peluru. 

Keluarannya telah dihentikan pada 1982. 




Desert Eagle .50 Action Express

Image result for Desert Eagle .50 Action Express


Ia diperkenalkan pada tahun 1983, jenis Desert Eagle membawa teknologi raifal ke dunia senjata api, dengan rekaan piston gas yang menyalur keluar haba panas daripada serbuk belerang terbakar dan mengitarkannya semula ke pistol. Pistol jenis ini juga menggunakan kancing gaya M-16 untuk memastikan kunciannya ketat bagi melawan tekanan dalamannya. Pistol ini ada barel 6 inci dan kelopak 7 biji peluru dengan berat 4.5 paun tanpa peluru. Pistol ini menghasilkan tenaga sehingga 1600 paun/kaki iaitu 4 kali pistol Parabellum 9mm.



Colt 1911A1 .45 ACP


Image result for 1911A1 .45 ACP


Diterbitkan pada 1911 oleh pereka senjata api prolifik John Moses Browning, dipertingkatkan kepada standard -A1 pada 1924, yang dikenali hari ini. Senjata 1911A1 menembak peluru .445 ACP, tetapi kelebihannya mengatasi kelemahan kuasanya. Senjata ini lebih praktikal. Ia lebih kecil, profail lebih rata menjadikannya lebih mudah dibawa. Ia memuatkan 7 atau 8 biji peluru dengan isian penuh hingga 10 biji peluru.



Maxim 9

Image result for Maxim 9


Pistol lain kebiasaannya mengeluarkan bunyi kuat yang memekakkan telinga seperti Magnum dan kaliber .45 yang lain yang menggunakan sejumlah besar serbuk letupan. Pistol Maxim 9 dibina dengan penahan bina dalam, yang merendahkan bunyi tembakan 9mm daripada 160 desibel kepada 139 desibel. 

Sebagaimana dipelajari oleh US Marine Corps, anggotanya yang tidak terjejas pendengaran disebabkan penggunaan senjata api ini dapat terus berkomunikasi dan mendengar arahan lebih baik ketika di medan tempur. 




Glock 17

Image result for Glock 17

Senjata api buatan Austria ini nampak seperti luar biasa, tetapi keringkasannya, kebolehpercayaannya dan kapasiti kelopak pelurunya tidak boleh diabaikan. Dalam satu ujian tentera Austria, senjata ini tersekat hanya 1 dalam 10,000 tembakan. Pistol jenis ini boleh diguna dalam suasana kotor dan berdebu yang memerlukan, mengatasi keupayaan senjata lain terutamanya yang berkaliber lebih tinggi. Kelopaknya boleh diisi dengan 15 biji peluru, lebih banyak daripada jenis lain dalam senarainya. Sementara peluru 9mm ada kekuatan seperempat kali .44 AMP, meletakkan pistol ini pada kedudukan sasaran yang baik menjadikannya lebih berbahaya berbanding senjata lain sepertinya.



Jangan main tembak-tembak:  SINI  |  



No comments:

Post a Comment