Gambar ihsan: owner
Baru-baru ini sebelum bercuti sempena Aidil Adha, saya ke bengkel dengan niat untuk memeriksa dan membaiki kerosakan berkaitan bahagian gegelung (coil) yang menyebabkan kereta menjadi kerap tiba-tiba tersedut-sedut ketika memandu, odometer (km/h) dan menukar minyak silinder.
Ada retak pada cermin
Malangnya tidak semua dapat dilakukan kerana banyak kereta lain sudah menunggu lebih awal. Yang selesai hanya menukar minyak silinder dan menukar lampu depan (headlight) yang pecah. Ingatkan pecah sebab dilanggar secara tidak sedar, tetapi boleh jadi juga disebabkan faktor cuaca yang bertukar panas dan hujan.
Mengenai gegelung itu terpaksa ditangguh dahulu.
No comments:
Post a Comment