Gambar ihsan: Google Images
Until Dawn: Rush of Blood ialah siri permainan rel menembak keluaran Supermassive Games, syarikat yang sama yang membina permainan Until Dawn dan The Inpatient, dan diterbitkan oleh Sony Interactive Entertainment, dikeluarkan pada 13.10.2016 di seluruh dunia untuk PlayStation VR di PlayStation 4. Ia spin-off dari Until Dawn dan membawa pemain menaiki gerabak rel di taman tema berciri seram sambil menembak objek dan musuh. Dalam permainan ini, musuh terdiri daripada zombie, dan hantu yang berkeliaran di sekitar taman tema tinggalan ini.
Gameplay
Dalam permainan ini, pemain akan bermain sebagai penembak dalam rel roller coaster yang dibawa menjelajahi taman tema berciri seram yang akan membuatkan pemain semakin dicabar di sepanjang permainan. Permainan menampilkan 7 roller coaster berbeza yang menampilkan ciri lokasi yang sama dan turut membawa ciri, watak dan props daripada Until Dawn dengan tambahan senjata api yang boleh digunakan untuk memudahkan pemain menghadapi musuh di setiap lokasi.
Penembak tepat di alam seram: SINI | SINI |
No comments:
Post a Comment