Monday, August 5, 2019

Artikel - Rahsia Kembali Kurus Maggie Fierro - Komitmen, Disiplin, Pengorbanan dan Konsisten

Kredit kepada: Yahoo Lifestyle
Gambar ihsan: Yahoo Lifestyle



Empat bulan selepas melahirkan anak ketiganya, Maggie Fierro tidak lagi merasakan dirinya tidak sama dengan yang dahulu. Dia seorang yang selalu aktif, tetapi dengan berat 166 paun, dia tidak lagi gembira.

"Sejujurnya saya tidak suka lihat diri saya di cermin, dan mengambil foto itu sukar untuk saya tetapi saya tahu yang saya kena buat sesuatu mengenainya." katanya kepada POPSUGAR.



Image result for exercise



Maggie memperbaharui tabiat makannya dan rutin senamannya. Buat kali pertama dalam dua tahun, dia mengikuti Program BBG Kayla Itsines buat senaman kardio LISS (Low-Intensity Sustained State) dan menambah rutin HIIT. Untuk dietnya, dia menghentikan snek larut malam. 

"Saya lakukan senaman malam untuk kurangkan stres berbanding mengambil makanan." katanya.


Sejak memulakan perjalanan ini, dia berubah daripada melakukan rutin lamanya. Kini dia tumpukan pada pembinaan otot, dengan senaman angkat berat dan rutin HIIT selama 6 hari seminggu bermula sebelah pagi dengan pemanas badan HIIT (larian sprint), diikuti dengan angkat berat. Sebagai tambahan, Maggie juga lakukan rutin HIIT lompatan tali selepas anak-anaknya tidur.  


Pada masa kini dietnya banyak berasaskan tumbuhan dan menjauhkan dirinya daripada semua makanan yang diproses. 

"Walaupun saya biasa makan secara sihat, ia tentang keseimbangan dan itdak letakkan sekatan yang berat pada diet saya." katanya kepada POPSUGAR. 

"Kalau saya keluar dan inginkan piza, saya akan dapatkan piza." katanya.



Image result for exercise



Berapa banyak beratnya turun sepanjang proses ini? Bermula dengan 166 paun, Maggie mensasarkan 120 paun, jadi dia telah kurangkan 26 paun. Dia kini gembira dengan transformasinya dan mula belajar untuk abaikan nombor di skala dan tidak lagi berasa tertekan untuk turun ke 120 paun.


"Bila saya bermula, saya tetapkan berat sasaran pada 120 paun kerana dahulu, itulah saya rasa terbaik. Walau bagaimanapun, saya kurangkan ambil kalori dan latih tubuh untuk mencapainya. Kini saya rasa lebih sihat dan gembira daripada dahulu." katanya lagi.


Maggie juga banyak belajar di sepanjang perjalanannya, antaranya:

  • Komitmen/disiplin sebab anda bukan selalu ada motivasi
  • Konsisten kerana semua benda perlukan masa
  • Pengorbanan kerana ada beberapa perkara yang anda mungkin perlu tinggalkan untuk capai matlamat
  • Keseimbangan sebab tiada guna buat sesuatu perkara kalau anda tidak gembira lakukannya
  • Bertempoh kerana anda bukannya sempurna dan ada masanya anda perlu rehat sebentar.



Sama ada anda cuba untuk turunkan berat, bina otot, atau berlari marathon, tips ini sepatutnya memberi inspirasi untuk anda terus bergerak hingga mencapai matlamat.



Gemuk itu tak pernah bagus:  SINI  |  




No comments:

Post a Comment